Sunday, July 6, 2014

Bersyukurlah kita di Malaysia~ o(╥﹏╥)o

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum wbt...

Semalam Allah telah murahkan rezeki aku, makcik usrah bawak aku berbuka puasa di Klana Resort Hotel~ Alhamdulillah! Kebetulan ada iftar Aman Palestin di situ.

Bukan itu point utama yang aku nak cakap sebenarnya,,, semalam juga Prof Zain ada bercerita mengenai keadaan di Gaza~ katanya, 5 kali cubaan untuk pergi ke Gaza, hanya 2 kali sahaja beliau dibenarkan memasuki Gaza~ sebelum sampai ke sana, mereka harus melalui 14 hentian askar di sana~ masyaAllah! Sampai begitu sekali Gaza dikepung~

Yang paling menyayat hati apabila Prof Zain memberitahu warga Palestin tak dapat sumber air yang bersih kerana Israel menyedut semua air bersih di Palestin. Ya Allah! Kejamnya mereka~

Ada juga Prof Zain menceritakan bahawa warga Palestin menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan dalam kereta masing-masing di HQ AP, apabila ditanya berapa lama mereka dah tunggu, jawapan yang diterima adalah 3 hari~ namun dalam 3 hari masa menunggu itu, mereka masih pergi ke masjid untuk menunaikan solat~

Program semalam membuka mata hati aku mengenai keadaan di sana~ semalam juga mereka dapat mengumpulkan rm22000 untuk disumbangkan ke Aman Palestin. Alhamdulillah! (^~^) Allah telah permudahkan urusan mereka semalam! Semoga Allah murahkan rezeki kepada mereka yang menderma.

Wallahua'lam, may Allah bless~